GEMPAR !!!!!! Tangkap segera !!!!!

Dato’ Abd. Razak - Tim.Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang menyalahgunakan kuasa - Dakwa beliau !!!!!

Satu pertemuan sulit telah diadakan di Dewan Tun Hussein Onn B, PWTC pada 16hb. Ogos jam 8.30 malam yang telah diaturkan oleh pecacai Pak Lah - TUAN HAJI SHAGUL HAMID, Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara dan Pejabat Tim. Perdana Menteri di Putra Jaya..

Yang hadir pada malam itu ialah:-

Semua tenaga penggerak / Fasilitator Biro Tatanegara yang pro UMNO/ Pak Lah -( akhir-akhir ini ramai ‘think-thank’ Pak Lah telah diserap masuk dalam BTN ),

Ahli-ahli GPMS,
Beberapa kakitangan dari pejabat Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Mahathir Khir - Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan,
Dato’ Aziz Shamsudin - Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Mastermind Dr. Mahathir,
Tuan Haji Othman Desa - Setiausaha Politik Pak Lah,
Tuan Haji Shagul Hamid - Tim.Ketua Pengarah Biro Tatanegara merangkap Sahabat Karib dan Think-thank Pak Lah yang paling masyur.

Dato’ Abd. Razak - Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman merangkap sahabat ‘kamceng’ Pak Lah dan penyokong UMNO totok. Berumur 54 tahun, berasal dari Pahang dan berkhidmat dalam Cawangan Khas sejak peringkat awal lagi dalam perkhidmatan polis. ( Kipas Pak Lah semoga dapat kedudukan baik selepas pencen nanti )

Dan beberapa pegawai polis cawangan Khas Bukit Aman serta

Bakal Perdana Menteri ke 5? Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hampir 200 orang berada didalam dewan tersebut.
Berada diatas pentas Pak Lah, Dato’ Abd. Razak dan pegawai-pegawai polis Caw. Khas Bukit Aman.
Jamuan Istimewa telah diadakan di Dewan Tun Hussein Onn A .
Selepas jamuan makan semua hadirin diminta hadir di Dewan Tun Hussein Onn B untuk mendengar taklimat.

Pembuka kata oleh Ketua Pengarah BTN, Dr. Nordin berucap sekadar memberitahu bahawa program ini adalah program tertutup dan tiada PRESS membuat liputan serta tidak dibenarkan jurugambar mengambil gambar.

Dr. Nordin memberi amaran sekiranya ada yang ingin melakukan diminta keluar dari dewan berkenaan.

Ucapan Pak Lah
1.Pak Lah beritahu beliau tidak akan berucap panjang kerana beliau ada program lain.

2.Namun begitu Pak lah asyik berceloteh dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada BTN kerana dapat mengumpulkan tenaga penggerak yang agak ramai pada malam ini walaupun notis yang diberikan agak suntuk.

3.Pak Lah menekankan bahawa ketuanan Melayu amat penting dan masih relevan.

4.Tetapi keseluruhan ucapannya tiada yang menarik kerana macam dah lali atau pun dah basi. Yang asyik ditekankan ialah MELAYU-MELAYU-MELAYU.

5.Selesai ucapan Pak Lah terdapat sekelompok hadirin lantas bangun menyanyikan lagu ANAK KECIL MAIN API. Ada yang turut menyanyi sekali dan ada yang tidak perasan.

6.Sebaik sahaja selesai menyanyi kelompok itu juga menjerit “HIDUP MELAYU” dan terdapat hadirin yang terpinga-pinga.

Ucapan Dato’ Abd. Razak

1.Beliau memulakan ucapan beliau mengenai Kes Rompakan senjata di Grik dan Pembunuhan di Sauk.

2.Didahului dengan tayangan Video aktiviti Al- Maunah.

3.Kemudiannya ditunjukkan kekebalan dan juga pengikut-pengikut yang menganggotai Al- Maunah yang diulas oleh pegawai Cawangan Khas yang lain.

4.Pegawai berkenaan juga menunjukkan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Al-Maunah. (Walaubagaimanapun komen itu agak meragukan juga dan boleh dipersoalkan. )

5.Tayangan video itu menayangkan bagaimana keadaan mayat Mathew yang mati dalam keadaan terlungkup yang masih berpakaian celoreng.

6.Kelihatan juga mayat lain yang terbunuh itu matanya hampir tersembol keluar berdarah.

7.Tidak nampak juga mayat Segathevan ( SB ) yang mati dibunuh itu.

8.Walaubagaimanapun ada mayat kelihatan sudah keras seolah-olah sudah mati lama.

9.Dan ada juga mayat yang masih lembut dengan tangannya masih boleh digerakkan.

10.Keseluruhannya telah timbul persoalan tanda tanya apabila melihat tayangan video berkenaan dan yang pasti kelihatan hadirin masih ragu-ragu.

11.Seterusnya Dato’ Abd. Razak berceloteh lagi dan menekankan peristiwa ini bukan sandiwara sebagaimana yang diputarbelitkan oleh Parti Pembangkang PAS dan Keadilan.

12.Beliau juga ada menyebut nama-nama pemimpin-pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan beberapa yang lain seolah-olah malam ini merupakan majlis pertemuan politik dan bukan lagi sesi taklimat rasmi.

13.Sebagai anggota polis, Dato’ Abd. Razak sudah hilang professionalnya kerana beliau telah berat sebelah dengan menyerang parti PAS.

14.Pada waktu ketika ini, beliau berdiri dan bercakap macam orang politik pula dengan menghentam PAS secara jelas dengan perkataan yang dituturnya.

15.Dan apa yang paling menarik beliau ada menyebut orang Melayu mula berpecah dan kecoh semenjak kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan.

16.Orang Melayu mula tidak menarik minat untuk membincangkan soal pembangunan lagi.

17.Dan mereka asyik menyerang peribadi pemimpin sahaja.

18.Akhir sekali beliau menggesa UMNO perlu lebih aggresif dan progresif dalam keadaan sekarang ini.

Sesi Dialog

Dari beberapa soalan yang ditanya terdapat dua soalan yang agak menarik iaitu

Soalan: Bagaimana Polis Cawangan Khas ( SB ) tidak dapat menghidu rompakan bersenjata ini ? Bukankah SB Malaysia cekap dalam hal perisikan?

Jawapan: (Dato’ Abd. Razak) Kalau saudara nak tahu, Al- Maunah ini adalah pertubuhan yang berdaftar. Oleh itu sukarlah bagi kami……………………….( Piirahhh jawapan yang tak masuk diakal)…….

Soalan: ( Orang ini agak terkenal juga..(AM).bertanya…) Saya tahu ada pegawai kerajaan sendiri yang menentang kerajaan. Timbalan OCPD dan seorang Leftenan yang terlibat dalam operasi SAUK telah mengutuk dan memaki hamun Dr. Mahathir ( Kes ini berlaku di Kedah ).

Timbalan OCPD ini juga mengarahkan KHATIB KHUTBAH JUMAAT mengutuk Dr. Mahathir.

Jawapan: (Dato’ Abd. Razak …tersentak dan terpukul…) Ini maklumat baru dan pertama kali saya dengar. Sekiranya ia benar saya akan mengarahkan pegawai Polis berkenaan ditangkap dan ditahan dibawah ISA.

Kelihatan Tim. Pengarah Cawangan Khas ini dalam keadaan terdesak dan hampir kelamkabut dan meminta sesi dialog ini ditamatkan segera.

Kelihatan juga hadirin tidak puas hati dengan jawapan yang diberi.

KESIMPULAN

1.Walaubagaimanapun program taklimat ini adalah salah dan boleh mengganggu perbicaraan di mahkamah.
2.Pak Lah perlu disiasat kerana menyalahgunakan BTN, Pejabat TPM dan memperalatkan anggota polis.
3.Dato’ Abd. Razak menyatakan sendiri apa yang ditunjukkan pada malam ini akan dijadikan bukti perbicaraan di mahkamah.
4.Dato’ Abd. Razak bertindak seolah-olah macam ahli politik.
5.Kalau berani Dato’ Abd. Razak siasat 2 pegawai kerajaan itu dan tahan mereka di bawah ISA.

6.Sebelum itu siasatlah terlebih jangan semberono mungkin ada kebenarannya dan mungkin mereka ada menyimpan bukti-bukti yang menunjukkan Kes SAUK adalah merupakan Konspirasi pemimpin tertinggi.

7.Antara hadirin yang hadir menyatakan beliau nampak mayat 4 orang dalam tayangan Video itu.

8.Yang hadir pada malam itu salah seorang tenaga penggerak sambilan BTN, Raja Roslan seorang Guru yang masih bertugas. Sebagai orang awam termasuk dikalangan yang hadir kenapa pihak Polis Cawangan Khas boleh memberi taklimat khusus. Kenapa tak dipanggil orang awam yang lain. Buatlah di Stadium Bukit Jalil.

9.Kelihatan dalam Video wajah muka Brig. Jen. Zaini yang tidak ceria sewaktu turun di Bukit Jenalik apabila disambut oleh Tan Sri Norian Mai.

10.Terdengar juga dalam dewan taklimat, mengatakan maklumat dari setiausaha Dato’ Seri Najib bahawa laporan Tentera dengan apa yang ditayangkan pada malam ini cukup bercanggah.

11.Dikatakan TPM, Pak Lah bertengkar dengan Dato’ Najib semasa di SAUK siapa yang patut beri sidang akhbar.

12.Yang pelik Dato’ Razak mengecam Dato’ Najib dan anggota tentera membuat lakonan semula di MINDEF petang tadi atas alasan boleh mengganggu pebicaraan mahkamah. Tetapi beliau pula boleh.

Akhir sekali saya menyeru semua anggota polis dan tentera mengambil iktibar apa yang berlaku akhir-akhir ini di negara kita yang kita cintai.

Cukuplah dan sudahlah UMNO memperalatkan polis dan tentera selama ini demi kepentingan politik rakus dan jahat mereka .

Yang jelas kenyataan Tan Sri Norian Mai pada 24hb. Julai di Utusan Malaysia bahawa yang ada dalam 3 Pajero ialah seramai 20 Orang.( bukan 15 orang )

Terkini

Dato’ Abd. Razak telah melakukan taklimat mengenai SAUK pada semua peringkat dan Jabatan Kerajaan di PUTRA JAYA sebaik sahaja program taklimat di PWTC.

The Saint